TIPS LOAN RUMAH CEPAT APPROVE ATAU REJECT

=====================================

Boringkan asyik cliche tips nak approve cepat je mesti pasal dokumen, DSR takpun saving. Kali ni aku nak share “tips” supaya kau dapat cepat tau result loan kau samada approve atau reject.

.

Takde cerita banyak, mohon korang #share dan #like tanda suka boleh?

.

Okay hadamkan ya..

.

1⃣ PERGI PRINT CCRIS REPORT DULU SEBELUM MULA APA-APA.

Kau sendiri pun bukan ingat apa komitmen kau. Bila bagitau ada loan kereta je, dan dan bila banker proceed nahhh.. berterabur personal loan. Kan dah jadi lain. Buang masa kau je booking.

.

Pergi rajinkan diri print CCRIS dekat:

– Bank Negara

– Office AKPK

.

Atau.. kau boleh beli online dekat website ni:

– www.ctoscreditcom.my

– www.mycreditinfo.com.my

.

Dah ada report CCRIS baru kau nampak profile kau dekat mata bank sendiri. 98% orang sangkut sebab tertunggak PTPTN. Kononnya setiap bulan bayar padahal tertunggak dekat 2 tahun. Sebab utama tertunggak installment RM200 tapi kau bayar RM50. Memang laa tertunggak.

.

2⃣ BELI IKUT PAYSLIP BUKAN IKUT MATA SEDAP MEMANDANG.

Tanya ejen atau banker berapa maksima kelayakan loan. Provide latest payslip kau dengan CCRIS tadi. Jangan nak sorok-sorok saving kau. Bagitau je berapa total saving kau.

.

Ingat, makin besar saving makin cantik kau dekat mata bank. Dah tau berapa loan yang lepas baru tengok harga rumah.

.

3⃣ PREPARE DOKUMEN CLEAR DAN COMPLETE.

Dah tau berapa loan lepas, tanya banker apa dokumen diperlukan. Complete-kan secepat mungkin. Provide copy yang clear dan complete ikut yang diminta.

.

Kalau kau sendiri tak nampak dokumen tu jangan laa kau mengharap banker nampak. Contohnya payslip carbon printed. Dah tau nampak blur pun kau bagi jugak. Pergi tanya HR kalau boleh reissue payslip baru.

.

Bank statement pastikan yang proper. Bukan setakat yang ada nampak gaji masuk je padahal nombor akaun nama semua takde. Tak boleh download pergi request dekat branch. Jangan malas kalau nak loan cepat keluar result.’

.

4⃣ PASTIKAN KAU MUDAH DIHUBUNGI.

Ada masanya banker akan call kau ikut waktu diorang, bukan waktu kau free. Biasanya just nak confirm-kan something atau tanya tentang dokumen kau.

.

Kalau kau tak angkat phone, whatsapp confirm masuk. Kalau kau sibuk sekalipun, at least follow up balik dengan banker cepat-cepat. Bagi kerjasama, mungkin loan kau cepat dapat result.

.

5⃣ STANDBY DOKUMEN LOAN LAMA KAU JIKA PERLU.

Ada masanya sistem akan self-calculate installment existing loan kau tak sama ikut loan agreement. Contohnya loan kereta kau bayar setiap bulan RM500, tapi dalam sistem bank appear exposure jadi RM800. Dah exceed RM300 dan automatik DSR kau pun meroket.

.

Solution-nya kena provide copy loan agreement atau loan statement untuk banker adjust balik ikut yang asal.

.

Standby dokumen-dokumen loan agreement dalam phone as soft copy. In case banker mintak, on the spot kau boleh bagi.

.

6⃣ PASTIKAN URUSAN DOKUMEN SELESAI DALAM 1 HARI.

Banyak kes yang aku handle mesti ada incomplete dokumen walaupun dah list apa dokumen yang aku nak.

.

Bila banker tunggu pending dokumen, sampai drag seminggu. Lepas tu kau expect loan keluar result cepat. Matilanakkk..

.

Tu sebab kau kena standby soft copy dokumen dekat phone. Senang kalau ada KIV boleh forward terus.

.

7⃣ TERUS TERANG DENGAN BANKER PROFILE KAU.

Kau boleh nak hide info dari banker, tak kisah laa kau hide saving kau semua. Tapi kalau loan kau lambat ke lepas tu reject, jangan salahkan banker jangan salahkan ejen.

.

Jangan malu nak cerita kalau saving takde, banker dan ejen nak tolong kau cepat dapatkan approval bukan nak tau kisah hidup kau.

.

Kau duduk mana, joint loan dengan siapa, gaji kau berapa, saving kau berapa, semua yang berkaitan profile kau jangan malu bagitau kalau banker atau ejen tanya.

.

Macam mana nak buat jalan cerita kalau banker tak tau script hidup kau betul tak?

.

.

.

Kalau dapat ikut 7 tips ni, in sha allah loan kau smooth. Secepat yang boleh kau boleh tau loan kau approve atau reject. Banker sendiri akan bagitau kau bila loan kau approve, atau reject.

.

Kerja banker hanya tolong process-kan loan, bukan tok bomoh yang tau semua benda dan approve-kan semua application.

by : AddaZMABINA
08062017